Thursday 16 May 2013

Sotong Masak Hitam

Sotong dihiris sebesar ibu jari
(jangan dibuang hitamnya)
1 biji bawang besar
7 biji bawang putih
6 batang cili padi(ikut cita rasa pedas masing-masing)
1 batang serai dipotong 2, dititik hujungnya
sedikit jintan halus
belacan(mengikut cita rasa masing-masing)
garam
minyak
air

Bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi, jintan halus dan belacan dikisar. Panaskan sedikit minyak didalam kuali. Tumiskn bahan2 yang dikisar tadi. Masukkan serai yang sudah dititik. Tumis hingga harum. Kemudian, masukkan air. Biar mendidih dan masukkan pula hitam sotong . Dipecahkan untuk mendapatkan kuah kehitaman. Garam secukup rasa. Akhirnya masukkan sotong, biarkan hingga masak.

masakan mlayu traditional

bahan2 / ingredients :
ikan selar kuning/ udang / ayam goreng
nenas potong yang manis
5 batang cili merah
4 batang cili padi
6 ulas bawang putih
1 mangkok air asam jawa
garam
gula

Cili merah,cili padi,bawang putih dikisar / blend dengan sedikit air. Panaskan minyak di dalam kuali, minyak tak perlu banyak. Kemudian masukkan bahan2 yang dikisar tadi. Tumis hingga baunya naik. Selepas itu, tuang air asam jawa. Bijinya jangan dibuang. Masukkan nenas dan ayam greng/ udang / ikan. Biarkn hingga mendidih. Jika kurang air, ramas biji asam jawa yang sebelumnya, tuang ke dalam masakan. Gaul. Garam dan gula secukup rasa. Diresap perisa nenas dengan kuahnya. Tunggu hingga mendidih . Seleoas itu sudah boleh dihidangkan.